Tutorial Carta Pie

22 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 December 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan tutorial carta pie dengan peserta sekolah rendah yang berumur antara 8-12 tahun. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan menukarkan data dari jadual kepada carta interaktif untuk memudahkan perbandingan dan pentafsiran dibuat. Terdapat empat (4) orang peserta telah berjaya mengikuti kelas ini. Kelas dimulakan dengan menghasilkan satu set data yang berbentuk jadual dengan mempunyai tiga data penting iaitu populasi penduduk mengikut jantina, agama dan bangsa.

Setelah itu, peserta dibimbing untuk menghasilkan carta pie mengikut data yang terdapat di jadual sebelumnya. Dalam masa sama,mereka diterangkan dengan cara-cara untuk mengolah carta pie dengan pelbagai bentuk rekaan yang menarik. Perkongsian juga menyentuh hal penglabelan untuk setiap sudut peratusan yang mempunyai maksud tertentu.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
• Mendedahkan peserta dengan fungsi carta di Ms.Word
• Membimbing peserta untuk mengolah carta pie untuk kelihatan interaktif
• Mentransformasikan set data kepada carta pie supaya mudah ditafsirkan
• Tutorial melebel setiap penjuru pie yang mewakili sesuatu data
• Latihan ICT secara berterusan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali